Jenayah Dalam Percukaian
Cyberjaya, 29 Ogos – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) hari ini mengingatkan semua pembayar cukai agar tidak mengambil mudah urusan percukaian mereka sekiranya tidak mahu didakwa di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Tiga jenis kesalahan cukai yang telah diwartakan oleh kerajaan Malaysia pada
7 Oktober 2010 sebagai kesalahan berat dalam AMLATFA 2001 adalah:
Kegagalan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) bagi sesuatu tahun taksiran
Mengemukakan penyata yang salah
Mengelakkan diri daripada dikenakan cukai
Sekiranya disabitkan kesalahan, hukuman berat boleh dikenakan iaitu denda tidak melebihi RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali bagi setiap kesalahan.
LHDNM boleh membekukan, menyita atau melucuthak harta
mereka yang disyaki bersalah semasa siasatan dijalankan. Sepanjang tahun 2011,
LHDNM telah membekukan sebanyak 1,389 akaun bank milik syarikat dan individu
yang dipercayai melakukan atau bersubahat melakukan kesalahan di atas.
sumber : LHDN