Tuesday, August 16, 2016

Akauntan yang bertanggungjawab

Untuk menjadi akauntan bertauliah, anda memerlukan 3 tahun pengalaman. Berdaftar dengan Malaysian Institute of Accountants, dan anda tertakluk di bawah Accountants Act 1967.

Tak semua orang yang kerja nye membuat akaun atau audit bole menggelar diri mereka sebagai akauntan.

Ramai yang dilihat atau syarikat mempunyai akauntan terutama nye SME. Tetapi masih tidak menepati syarat sebagai akauntan dan boleh dikatakan tidak layak menggelar diri mereka sebagai akauntan.

Apabila akaun syarikat dibuat dan diselia oleh individu yang tidak berkelayakan, banyak masalah yang timbul seperti tidak menepati piawaian akaun, masalah cukai syarikat yang tidak berkesudahan akibat tersalah peruntuk dan kawalan dalaman yang cacamerba.

Wednesday, August 3, 2016

GST MAMPU MENGEMBANGKAN PERNIAGAAN

Jika satu entiti ingin mendaftar sebagai entiti yang kena cukai perlu mencapai threshold ditetapkan. Namun entiti yang belum mencapai threshold boleh mendaftar secara sukarela. Kebanyakan syarikat multinasional atau syarikat yang besar dari segi market capitalisation mensyaratkan pembekal mempunyai daftar GST.

Amatlah rugi bagi entiti yang tidak mempunyai daftar GST tidak dapat menyertai tender atau membekal barang atau khidmat kepada syarikat-syarikat seperti ini.