Rakan Kongsi FAIZAL IBRAHIM |
Khidmat Pengurusan Perakaunan
(i) Skop kerja
a. Penyediaan Akaun Pengurusan bulanan (set penuh).
b. Persembahan dan perbincangan laporan bersama-sama dengan Lembaga Pengarah/Pengurus Syarikat.
c. Membantu Syarikat-syarikat didalam mematuhi Akta Syarikat 2016, Piawaian Perakaunan Diluluskan di Malaysia dan mana-mana peruntukan undang-undang yang berkaitan.
(ii) Laporan
Laporan bulanan akan dibincangkan dan dipersembahkan kepada Lembaga/Pengurusan dimana terdiri daripada:
a. Imbangan Duga
b. Penyata Pendapatan
c. Lembaran Imbangan
d. Penyesuaian Bank
e. Akaun lejar
Khidmat Percukaian, GST dan Audit
Penyediaan pengiraan cukai pendapatan dan jadual-jadual sokongan untuk syarikat dan individu. Khidmat perundingan dan nasihat untuk pengurusan cukai yang cekap dan berkesan.Bagi perundingan audit dan percukaian, Kami memberi khidmat nasihat dan panduan dari segi penyediaan dokumen – dokumen dan pemudahcara dengan pihak juruaudit dan ejen cukai. Perancangan cukai ( tax planning ) juga akan diberi secara percuma, di mana Kami akan melihat dan menilai bahagian – bahagian Penyata Kewangan yang dapat mengawal dalam perbelanjaan cukai.
Khidmat due diligence (usaha kewajaran) dan share valuation
Menyediakan laporan komprehensif untuk membeli atau mengambil alih sesuatu entiti perniagaan dengan menilai aset – aset dan liabiliti syarikat yang berpotensi untuk berkembang maju.
Yuran
Yuran kami adalah berdasarkan masa yang digunakan semasa melaksanakan tugas dan juga bergantung kepada keperluan staf, disebabkan tahap tanggungjawab dan kemahiran yang terlibat.
Disebabkan khidmat yang khusus, kami percaya yuran kami adalah pada kadar yang berdaya saing, khidmat-khidmat ini, dimana akan dipertingkat secara berterusan, akan menjadi faktor sumbangan positif untuk semua jenis dan saiz perniagaan dan individu-individu secara keseluruhan.