Khidmat perakaunan oleh akauntan bertauliah Hubungi/SMS Faizal di talian 013 721 3676, email at pejaconsulting@gmail.com
Tuesday, February 27, 2018
KELAYAKAN BAGI EJEN CUKAI SEKSYEN 153(3) (b) dan (c), AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
1. Mempunyai kelulusan seperti di Jadual Pertama Bahagian I, Akta Akauntan 1967 dan lima (5) tahun pengalaman praktikal (selepas kelulusan) dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
2. Ahli kepada mana-mana persatuan akauntan yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia seperti di bawah Jadual Pertama Bahagian II, Akta Akauntan 1967 dan lima (5) tahun pengalaman praktikal (selepas menjadi ahli persatuan) dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
3. Mempunyai kelulusan akademik di peringkat ijazah pertama dalam bidang perniagaan dan ekonomi daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan lapan (8) tahun pengalaman (selepas kelulusan) dalam bidang percukaian pendapatan secara praktikal dengan Kerajaan atau swasta;
4. Lulus dalam peperiksaan Kursus Lanjutan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dan lima (5) tahun pengalaman praktikal dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
5. Lulus dalam peperiksaan Kursus Permulaan anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri dan semasa bekerja dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri berpangkat Pemeriksa ke atas serta 10 tahun pengalaman praktikal dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
6. Seseorang yang telah lulus dalam Kursus Ejen Percukaian anjuran Lembaga Hasil Dalam Negeri (Skim Latihan Khas);
7. Ahli kepada Institut Percukaian Malaysia (MIT) dan lima (5) tahun pengalaman praktikal dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
8. Ahli kepada The Malaysian Institute Of Chartered Secretaries and Administrators (MAICSA) dan lima (5) tahun pengalaman praktikal (selepas menjadi ahli persatuan) dalam bidang percukaian pendapatan dengan Kerajaan atau swasta;
9. Ahli kepada Persatuan Setiausaha Syarikat Malaysia (MACS) yang mempunyai kelulusan akademik di peringkat ijazah pertama dalam bidang undang-undang daripada Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan lima 5 (5) tahun pengalaman (selepas kelulusan) dalam bidang percukaian pendapatan secara praktikal dengan kerajaan atau swasta; dan
10. Ahli akademik yang mempunyai 5 tahun pengalaman mengajar dalam bidang percukaian di peringkat diploma dan ke atas di mana-mana Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia serta mempunyai syarat kelayakan seperti di Jadual Pertama Bahagian I dan II Akta Akauntan 1967.
SUMBER : LHDN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment